Penderaan terhadap warga emas telah menjadi satu masalah sosial yang membimbangkan. Lazimnya golongan warga emas yang lemah dan miskin berisiko tinggi untuk didera.
Penderaan warga emas boleh ditakrifkan sebagai perlakuan tidak wajar dalam bentuk fizikal, seksual, psikologikal/ emosi, sosial, kewangan atau lain-lain perbuatan buruk yang dilakukan oleh individu yang mempunyai pertalian hubungan dengan warga emas tersebut. Penderaan boleh berlaku sama ada sekali atau berulang kali
Antara faktor penyumbang kepada penderaan adalah:
- Di kalangan warga emas
- Terlalu banyak bergantung kepada orang lain bagi menjalani kehidupan harian
- Masalah di dalam komunikasi
- Kelakuan degil dan agresif
- Rasa curiga dan enggan dibantu
- Gangguan daya ingatan
- Cacat anggota dan tidak dapat bergerak
- Di kalangan pendera
- Di kalangan pendera
- Kurang pengetahuan dan kemahiran menjaga warga emas yang akhirnya meningkatkan tekanan dalam kalangan pendera
- Tiada pilihan selain terpaksa menjaga warga emas
- Tiada sokongan dari ahli keluarga yang lain
- Bebanan kewangan untuk menjaga dan menampung keperluan warga emas
- Pengalaman lampau yang negatif semasa bersama warga emas
- Pendera yang pernah didera semasa kecil
Data yang tepat mengenai kes penderaan warga emas sukar didapati oleh kerana kebanyakan kes begini kurang atau tidak dilaporkan.
No comments:
Post a Comment